Pada 26 hb Jun 2010 iaitu pada hari Sabtu , kami warga Perpustakaan Desa Labu Besar menjemput rakan rakan seperjuangan dan para pengguna Perpustakaan Desa Labu Besar untuk hadir ke Hari Terbuka Perpustakan Desa Labu Besar Anjuran Jawatankuasa PDLB bagi memeriahkan aturcara dan aktiviti yang diadakan...kemungkinan cabutan bertuah akan dijalankan...Apa lagi...Hadirlah ke Majlis ini bagi melayakkan diri untuk cabutan bertuah tersebut.....
hai kawan-kawan... Pada 3hb Feb 2010 yang lalu, petugas PDLB Abdul Rahman bin Md Isa dengan bermurah hatinya menyumbangkan paip air untuk kegunaan luar.
Rahman dibantu oleh Penghulu Mukim Bagan Sena bagi menyempurnakan tugas pemasangan.
Rahman dengan inisiatif sendiri telah membeli peralatan dan membuat kerja-kerja pemasangan pili air sendiri .
Untuk pengetahuan umum, pili air ini bertujuan untuk kegunaan luar seperti menyiram pokok, mencuci lantai dan lain-lain. Sebelum ini petugas menggunakan pili air kepunyaan Pejabat Penghulu Mukim Bagan Sena.
Semoga dengan usaha murni petugas perpustakaan (Rahman) ini mendapat rahmat dan limpah kurnia dari yang Esa. Amin
* * * * * gambar
1. kerja-kerja membuat lubang.
2. struktur tanah yang agak keras menyukarkan kerja-kerja mengorek
3. selepas membuat lubang, saluran paip di kambus ke dalam lubang.
Dalam aspek kehidupan seharian manusia, warna oren melambangkan sifat bersemangatdan komited terhadap kerja dan hidup serta mengamalkan budaya kecemerlangan dan merangsang minda pengguna perpustakaan.
Selain itu, warna oren juga menggambarkan keadaan ceria, gembira, mesra, dan prihatindalam menjalankan tugas yang diamanahkan.