Wednesday, February 24, 2010

Pili Air Berkunci

hai kawan-kawan...
Pada 3hb Feb 2010 yang lalu, petugas PDLB
Abdul Rahman bin Md Isa dengan bermurah hatinya
menyumbangkan paip air untuk kegunaan luar.

Rahman dibantu oleh Penghulu Mukim Bagan Sena
bagi menyempurnakan tugas pemasangan.

Rahman dengan inisiatif sendiri
telah membeli peralatan dan
membuat kerja-kerja pemasangan pili air sendiri .

Untuk pengetahuan umum, pili air ini bertujuan
untuk kegunaan luar seperti menyiram pokok,
mencuci lantai dan lain-lain.
Sebelum ini petugas menggunakan pili air kepunyaan
Pejabat Penghulu Mukim Bagan Sena.

Semoga dengan usaha murni petugas perpustakaan (Rahman)
ini mendapat rahmat dan limpah kurnia
dari yang Esa. Amin

*
*
*
*
*
gambar



1. kerja-kerja membuat lubang.


2. struktur tanah yang agak keras menyukarkan kerja-kerja mengorek


3. selepas membuat lubang, saluran paip di kambus ke dalam lubang.



4. proses memasang kepala pili air.


5. Akhirnya siap.






No comments:

Post a Comment

:: Semuanya Di Sini...Enjin Carian Anda ::

Loading

:: SKETSA 2009 DAN AWAL 2010 ::