Wednesday, February 24, 2010

Pili Air Berkunci

hai kawan-kawan...
Pada 3hb Feb 2010 yang lalu, petugas PDLB
Abdul Rahman bin Md Isa dengan bermurah hatinya
menyumbangkan paip air untuk kegunaan luar.

Rahman dibantu oleh Penghulu Mukim Bagan Sena
bagi menyempurnakan tugas pemasangan.

Rahman dengan inisiatif sendiri
telah membeli peralatan dan
membuat kerja-kerja pemasangan pili air sendiri .

Untuk pengetahuan umum, pili air ini bertujuan
untuk kegunaan luar seperti menyiram pokok,
mencuci lantai dan lain-lain.
Sebelum ini petugas menggunakan pili air kepunyaan
Pejabat Penghulu Mukim Bagan Sena.

Semoga dengan usaha murni petugas perpustakaan (Rahman)
ini mendapat rahmat dan limpah kurnia
dari yang Esa. Amin

*
*
*
*
*
gambar



1. kerja-kerja membuat lubang.


2. struktur tanah yang agak keras menyukarkan kerja-kerja mengorek


3. selepas membuat lubang, saluran paip di kambus ke dalam lubang.



4. proses memasang kepala pili air.


5. Akhirnya siap.






Thursday, February 4, 2010

Kenapa Pilih Warna Oren?

Kerana...

Warna OREN adalah satu warna yang melambangkan

kreatif, praktikal dan berdaya saing.

Dalam aspek kehidupan seharian manusia, warna oren melambangkan sifat bersemangat dan komited terhadap kerja dan hidup serta mengamalkan budaya kecemerlangan dan merangsang minda pengguna perpustakaan.

Selain itu, warna oren juga menggambarkan keadaan ceria, gembira, mesra, dan prihatin dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Oleh sebab itu, KAMI PILIH WARNA OREN.


Wednesday, February 3, 2010

TransfOrmasi PD Labu Besar

Bermulanya lembaran baru...
dalam proses

Penjenamaan Semula PD Labu Besar

Semoga usaha murni ini terus berkembang mekar
*
*
*
*
*
*
Bahagian luar PD diberi nafas baru....

Tiang Seri tu yang nampak berseri sangat..
+
+
+ Orange's +
+
+

Bahagian Dalaman :

Transformasi Yang Memberi Impak Maksima

Sudut Kanak-Kanak : Ceria dan Berwarna-warni Meransang Minda
*
*
*
*

Ruang Rehat : Santai dan Selesa Keutamaan Kami

*
*
*
*

Sudut Bacaan Dewasa : Kemas dan Teratur Menjamin Keselesaan
*
*
*
*


Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit
dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan

Sekian dahulu tatapan buat kali ini...
*
*
*
*
Tranformasi ini baru bermula dan
akan berterusan dari masa ke masa..

:: Semuanya Di Sini...Enjin Carian Anda ::

Loading

:: SKETSA 2009 DAN AWAL 2010 ::